ARISSA QALESYA BINTI MOHD NAZROL HISHAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SAUJANA UTAMA (2)
PROJEK INOVASI YANG TERHASIL INI DINAMAKAN 'D.I.Y SPINNER DAN SURPRISE BALL MACHINE' . TUJUAN UTAMA IANYA DIHASILKAN ADALAH BAGI MEMBANTU GURU UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG MENARIK DAN MENYERONOKKAN DI DALAM KELAS.
D.I.Y SPINNER
Tujuan penghasilan D.I.Y Spinner ini adalah untuk mengelakkan pembaziran masa semasa guru ingin membuat ulangkaji topik yang telah diajar kepada pelajar. Dimana biasanya pelajar agak berat untuk mengangkat tangan atau sukarela menjawab soalan. Dengan penggunaan spinner ini pelajar akan merasa tidak keberatan jika namanya yang terpilih untuk menjawab soalan. Selain itu dapat menimbulkan rasa teruja kepada pelajar jika namanya terpilih apabila spinner terhenti. Secara automatik nama yang tertera perlu memusingkan tombol pada 'Surprise Ball Machine' untuk mengeluarkan salah satu bebola yang mengandungi soalan yang perlu dijawab oleh pelajar.
SURPRISE BALL MACHINE
Tujuan penghasilan surprise ball machine ini adalah supaya pelajar tidak berpeluang untuk memilih soalan yang mudah sahaja, sebaliknya mereka berkemungkinan akan menjawab salah satu soalan samada tahap mudah, tahap sederhana atau tahap sukar. Dalam setiap bebola terdapat kepingan soalan untuk dijawab berkaitan topik yang guru telah tetapkan terlebih awal untuk diulangkaji oleh pelajar. Di dalam bebola yang sama, selain soalan terdapat juga rumus atau formula yang dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan dengan disertakan sekali jawapan bagi tujuan semakan pada peringkat akhir.
KESIMPULAN
Kedua-dua alat D.I.Y ini perlu dimiliki oleh setiap guru kerana ianya dapat membantu mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar. Secara tidak langsung pelajar akan tertunggu-tunggu sama ada nama mereka yang akan tertera apabila spinner dipusingkan dan terhenti . Seterusnya akan mewujudkan rasa teruja untuk menjawab soalan yang disediakan. Selain itu pelajar juga akan merasa terbimbing untuk menjawab soalan dengan adanya rumus atau formula disertakan dengan soalan tersedia dalam bebola yang sama. Akhir sekali diharapkan dengan adanya alat ini dapat membantu guru untuk meningkatkan lagi penyertaan pelajar semasa sesi pembelajaran di dalam kelas yang mana Pdpc adalah berfokuskan kepada pelajar, selain dapat meningkatkan pemahaman dan ingatan pelajar terhadap topik yang dipelajari.