NIA NELLISSA ANIS BINTI MOHAMMAD ATIF NADDEEM SMK DATO' AHMAD MAHER
Nyamuk merupakan ancaman utama di banyak kawasan di dunia kerana menjadi pembawa penyakit berbahaya seperti denggi, malaria dan virus Zika. Penggunaan penghalau nyamuk komersial semakin meluas, namun kebanyakannya mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan serta memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Selain itu, sesetengah produk mempunyai bau yang kuat, kos yang tinggi dan kurang sesuai digunakan oleh kanak-kanak serta individu yang mempunyai kulit sensitif. Oleh itu, kajian ini menekankan keperluan untuk membangunkan alternatif penghalau nyamuk yang lebih semula jadi, selamat, mampu milik dan mesra alam. Produk yang dicadangkan berpotensi memberikan perlindungan yang berkesan tanpa kesan sampingan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup pengguna serta menyokong kelestarian alam sekitar.