YIN1125: DURIO - ECO BOWL

NUR MUHAMMAD ADAM RAYYAN BIN MOHD SUBARI Kolej Vokasional Gerik

Durio Eco Bowl merupakan satu inovasi produk mesra alam yang dihasilkan daripada bahagian putih kulit durian (albedo) yang sering dibuang sebagai sisa pertanian. Peningkatan penggunaan bekas makanan sekali guna seperti plastik dan polistirena telah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar, manakala lambakan kulit durian pula menimbulkan masalah bau dan pengurusan sisa. Sehubungan itu, inovasi ini dibangunkan bagi menukarkan sisa tersebut kepada produk yang bernilai tinggi dan lestari. Proses penghasilan melibatkan pembersihan, pengeringan serta pembentukan menggunakan bahan pengikat food-grade bagi memastikan struktur mangkuk kukuh dan stabil. Produk ini turut disalut dengan lapisan pelindung selamat makanan yang membolehkan penggunaannya untuk makanan dan minuman sejuk serta panas sederhana. Durio Eco Bowl bukan sahaja mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan hijau. Selain itu, inovasi ini mempunyai potensi komersial sebagai alternatif bekas makanan yang praktikal, selamat dan mesra alam. Secara keseluruhannya, produk ini menyokong usaha kelestarian dengan mengurangkan sisa dan kebergantungan kepada bahan tidak terurai.