ADRIANNA SYAMINNA BT SYED MUAZAM SMK ST. BERNADETTE'S CONVENT
Projek Sistem Amaran Awal Banjir (SAAB) dibangunkan bagi mengurangkan risiko dan impak bencana banjir melalui pengesanan awal paras air secara masa nyata. Sistem ini menggunakan penderia untuk memantau perubahan paras air dan menghantar data kepada pengguna melalui amaran seperti bunyi, lampu atau notifikasi digital. Apabila paras air melebihi tahap bahaya, sistem akan memberi amaran awal kepada penduduk supaya langkah keselamatan dapat diambil dengan segera. Projek ini membantu meningkatkan kesiapsiagaan komuniti, mengurangkan kerugian harta benda serta menyelamatkan nyawa. SAAB merupakan inovasi mesra pengguna, kos efektif dan sesuai digunakan di kawasan berisiko banjir.