CHARATSRI MERNPRAKPHAN A/P CHALERMKIT MERNPRAKPHAN SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK
Projek ini adalah untuk membina satu sistem pembelajaran yang direka untuk membantu murid dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Sistem mengingtegrasikan pembelajaran ke arah dunia realiti sebagai pembelajaran berkesan di dalam kelas. Jadi kaedah pembelajaran Rumah-KU ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mengingat pembelajaran Berterima Kasih Kepada Jiran. Kumpulan ini telah mengenalpasti dalam tajuk ini mereka sering lupa berkaitan tajuk yang telah dipelajari. Oleh itu, kaedah Rumah-KU yang merangkumi pembelajaran murid secara visual dan permainan telah dihasilkan. Kajian ini tertumpu kepada 12 orang murid SK Tasek, Pengkalan Hulu Tahun 4 yang dipilih untuk mengenal pasti masalah mengingati berkaitan tajuk Berterima Kasih kepada Jiran.
Selepas itu, guru menjalankan PdPC menggunakan kaedah ini untuk mengumpul data tentang kesan tindakan daripada kaedah pengajaran tersebut. Hasil analisis data mendapati bahawa 12 orang murid tersebut menjawab soalan dan menceritakan semula tentang Berterima Kasih Kepada Jiran yang diberikan dengan baik. Oleh itu, kaedah Rumahku ini dapatlah digunakan oleh para pendidik agar dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran di dalam kelas.
Kata Kunci: (Rumah-KU) :
Berterima Kasih Kepada Jiran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tahun 4 untuk meningkatkan kemahiran mengingat menggunakan visual dan permainan.