PRN1360: TUTUKU BULUGU

EDZLYN LADUNI SK TIMBUA RANAU

Inovasi Tutuku Bulu-gu dibangunkan untuk menangani kesukaran murid Tahun 2 dalam menguasai kemahiran pembundaran nombor serta meningkatkan minat mereka terhadap subjek Matematik. Menggunakan pendekatan Design Thinking, alat bantuan mengajar ini menggabungkan bahan maujud fizikal dan komponen digital interaktif bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih konkrit. Metodologi kajian melibatkan analisis dokumen (ujian pra dan pos), pemerhatian berstruktur, dan soal selidik. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi akademik murid, di samping lonjakan motivasi dan penglibatan aktif dalam bilik darjah. Inovasi ini bukan sahaja kos rendah dan mesra pengguna, malah berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai kit pembelajaran lengkap bagi menyokong aspirasi kurikulum kebangsaan.