YIN340: NEXUS PLUS

MUHAMMAD FARIZ FARHAN BIN MOHD FAIRUS SMK DATO' SYED OMAR

Cabaran yang dihadapi oleh pekerja moden sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Organisasi seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pekerja di seluruh dunia. Salah satu gesaan ILO yang perlu dilaksanakan oleh majikan ialah Waktu Kerja Fleksibel. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh organisasi ini pada tahun 2022, disebut bahawa dua komponen utama masa bekerja iaitu tempoh bekerja dan pengaturan masa bekerja adalah faktor penting dalam menentukan sejauh mana pekerja dapat mengimbangi aktiviti kerja dengan kehidupan peribadi mereka yang merangkumi tanggungjawab terhadap keluarga1. Kajian yang dijalankan pada tahun 2013 bertajuk A Study of Flexible Working Hours and Motivation2 mengesahkan hubungan kukuh di antara pelaksanaan Waktu Kerja Fleksibel dan peningkatan motivasi pekerja. Justeru itu, usaha kerajaan memperkenalkan Waktu bekerja Fleksibel (WBF) melalui pekelilling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 untuk digunapakai oleh agensi agensinya adalah amat bertepatan dan selari dengan arus global. Projek inovasi Nexus Plus direkabentuk khusus untuk menyokong pelaksanaan WBF dari aspek merekod kedatangan kakitangan. Ia mempunyai ciri ciri unik yang dapat membantu melicinkan urusan pihak pentadbiran dan memudahkan kakitangan dalam memantau tempoh minima bekerja.Type Your Abstract Here!