KVN332: HYBRIDGEN-IoT

NURUL ATIQAH NAJWA BINTI ZAKARIA KOLEJ VOKASIONAL KULIM

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Tenaga elektrik merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian dan penggunaannya terus
meningkat dari tahun ke tahun. Namun, kebergantungan sepenuhnya kepada bekalan elektrik
konvensional boleh menimbulkan pelbagai masalah apabila berlaku gangguan bekalan,
terutamanya di kawasan luar bandar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu
sistem penjanaan kuasa yang menggabungkan roof ventilator dan panel solar sebagai sumber
tenaga alternatif yang mesra alam. Roof ventilator yang lazimnya berfungsi sebagai sistem
pengudaraan telah diubah suai bagi menjana tenaga elektrik melalui pergerakan angin, manakala
panel solar pula menyokong penjanaan tenaga ketika cuaca cerah atau apabila tiada angin. Sistem
ini turut dilengkapi dengan mikropengawal ESP32 dan sensor arus INA219 bagi membolehkan
pemantauan tenaga secara masa nyata melalui aplikasi Blynk. Projek ini telah dijalankan di
kawasan terbuka bagi menilai keberkesanan sistem di bawah pelbagai keadaan cuaca. Hasil ujian
menunjukkan bahawa sistem ini beroperasi dengan baik dan berpotensi digunakan sebagai sumber
kuasa tambahan untuk aplikasi berskala kecil. Inisiatif ini dijangka dapat menyokong amalan tenaga
mampan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan teknologi hijau.