PRN402: Innovative HVAC Training Rig For Metering Device Performance Study

Mohd Safari Bin Abd Rahman Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia Kampus Kemaman

Sistem penyamanan udara dan penyejukan (HVACR) beroperasi berdasarkan interaksi parameter termodinamik seperti suhu, tekanan, aliran refrigeran dan superheat yang mempengaruhi kapasiti penyejukan serta kecekapan tenaga. Peranti pemeteran memainkan peranan kritikal dalam mengawal aliran refrigeran, namun kefahaman pelajar terhadap perbezaan operasi antara Thermostatic Expansion Valve (TXV) dan Capillary Tube masih terhad akibat kekurangan rig latihan yang memaparkan data operasi sebenar. Oleh itu, projek ini dibangunkan untuk menghasilkan rig latihan HVACR berfungsi sepenuhnya bagi membolehkan pengukuran dan analisis parameter operasi seperti tekanan sedutan dan nyahcas, suhu penyejat serta tahap superheat secara praktikal. Pendekatan ini menyokong pembelajaran berasaskan data sebenar selaras dengan keperluan NOSS, IR4.0 dan amalan industri HVACR.