SITI AISYAH BINTI MOHD IDRIS SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK
ROH merupakan kaedah pengajaran board pemikiran berkaitan Solat Jenazah dalam tajuk Pendidikan Islam. kaedah pengajaran ROH ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran menyusun tatacara solat jenazah dengan susunan yang betul. Selain itu, murid sekaligus dapat mengingat tatacara perlakuan solat jenazah dengan mudah. Guru telah mendapati murid seringkali terlupa mengenai susunan solat jenazah mengikut urutan yang betul. Oleh itu, kaedah ROH yang merangkumi pembelajaran Tatacara Solat Jenazah murid telah dihasilkan. Tajuk Solat Jenazah Penghormatan Terakhir merupakan satu tajuk dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam murid tahun 6. Dalam topik ini murid menghadapi masalah untuk menyusun tatacara solat jenazah dengan betul. Apabila menggunakan ROH ini murid dapat belajar dengan lebih menarik dan menyusun tatacara solat jenazah dengan susunan yang betul. Di samping itu murid akan mempelajari topik ini dengan lebih seronok kerana terdapat pembelajaran secara realiti di tanah perkuburan sekaligus mengingatkan semua murid iaitu mati itu pasti. Kaedah pengajaran ini dilakukan melalui aktiviti pembelajaran di dalam kelas Pendidikan Islam dengan menggunakan ROH. Oleh yang demikian, Inovasi ini dapat mengeluarkan satu kaedah pengajaran berdasarkan alam realiti yang akan ditempuh oleh semua makhluk di bumi. Adalah diharapkan inovasi ini dapat memberi pengetahuan baharu kepada setiap orang khasnya kepada para guru dengan menjadikan alam realiti itu satu kaedah pengajaran yang menarik.