JIN74: KIT ORGAN PERNAFASAN

KARTIGESWARAN A/L THAVAMUNESWARAN SJKC JERIK 26400 BANDAR JENGKA PAHANG

KIT ORGAN PERNAFASAN

ASHOK PILLAI A/L KUPPUSAMY

SHYAMALA A/P SIVA SITHAMBARAM

KARTIGESWARAN A/L THAVAMUNESWARAN

SJK(C) Jerik

[email protected]

 

Abstrak

Kajian inovasi yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan Kit Organ Pernafasan untuk mengenalpasti organ-organ pernafasan dalam badan manusia. Kajian berbentuk ini menggunakan pemerhatian. Hasil tinjauan awal mendapati seramai 1 orang salah mengenalpasti organ-organ pernafasan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid sukar menjawab soalan kuiz selepas sesi PdPc.  Oleh itu, dengan bimbingan dan bantuan kit ini, murid dapat memahami organ-organ pernafasan dalam badan manusia. Hasil tinjauan akhir menunjukkan bahawa murid itu dapat menskor markah dalam soalan-soalan tajuk berkaitan.

 

Kata kunci: kajian, organ pernafasan, hidung, trakea, peparu