AZAWI BIN JUSOH SMK SERI BUDIMAN
Budiman.Net adalah satu sistem simpanan maklumat yang dibangunkan sepenuhnya oleh guru SMK Seri Budiman selari dengan era pendigitalan pendidikan. Sistem ini merangkumi data maklumat peribadi warga sekolah, kehadiran, keberadaan, pencapaian akademik, rekod sahsiah dan juga pencapaian kokurikulum murid. Objektif utama sistem ini dibangunkan adalah untuk membantu guru, murid, pentadbir dan ibu bapa menyimpan maklumat dan mencapai maklumat yang diingini dengan mudah. Sistem ini juga dapat membantu dalam meningkatkan potensi murid dan pencapaian sekolah dalam akademik dan kokurikulum serta menyerlahkan lagi sahsiah dan kemenjadian murid.