KVN41: R.I.S.T (RECYCLE INTELLIGENT SIDE TABLE)

MUHAMMAD KHOIRUL FITRI BIN HASBULLAH TVETMARA REMBAU

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

 

 

R.I.S.T (RECYCLE INTELLIGENT SIDE TABLE)

Muhammad Khoirul Fitri bin Hasbullah, Muhammad Daniel Irfan bin Ahmad Muhalid,

Aleya Natasha binti Mukhtar, Seri Hazwani binti Mohd Yusof, Ts. Shuhaidi Bin Mohamad

 

TVETMARA Rembau

 

 

Abstrak

 

R.I.S.T (Recycle Intelligent Side Table) merupakan produk inovasi berkonsepkan kelestarian yang menggabungkan penggunaan bahan terbuang dan teknologi pintar bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden. Produk ini dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti kayu papan lapis dan akrilik, sekali gus mengurangkan sisa pepejal serta menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar. Keunikan utama produk ini terletak pada integrasi teknologi “wireless charging” yang membolehkan pengguna mengecas peranti elektronik dengan mudah tanpa penggunaan kabel. Selain itu, reka bentuk R.I.S.T adalah ringkas, ringan, bersaiz kecil serta mudah alih, menjadikannya sesuai digunakan di pelbagai persekitaran seperti kediaman, pejabat, asrama serta pelbagai ruang. Dari segi kos pembuatan, produk ini hanya memerlukan kos yang rendah kerana penggunaan bahan terbuang, namun mampu menawarkan nilai yang tinggi dari aspek fungsi, estetika dan kebolehgunaan. Selain itu, reka bentuk yang moden dan menarik meningkatkan potensi penerimaan pasaran serta nilai komersial produk. Secara keseluruhannya, produk R.I.S.T ini bukan sahaja berfungsi sebagai perabot yang praktikal, malah berperanan sebagai satu solusi inovatif yang menyumbang kepada pengurangan pencemaran alam sekitar, selaras dengan matlamat pembangunan lestari dan agenda inovasi hijau.

 

Kata Kunci: Kitar Semula, Perabot, Inovasi Hijau