NURFILDZAH LAIQA BINTI NURFIZAKI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PALOH
Pendidikan kelestarian merujuk kepada proses pembelajaran yang menekankan pentingnya menjaga alam sekitar seperti pelaksanaan kempen kelestarian 3R. Walaubagaimanapun, murid-murid masih membuang sampah tanpa melaksanakan pengasingan terhadap jenis-jenis sampah. Perkara ini berlaku kerana kurangnya kesedaran tentang kempen 3R selain platform kempen yang kurang sesuai dalam kalangan murid. Sekiranya tidak dikawal, perkara ini akan menyebabkan gangguan ekosistem yang memberi kesan kepada habitat dan ekonomi. Oleh yang demikian, satu inovasi berasaskan permainan telah dibangunkan iaitu The Eco Champion: Ecolog Redemption yang bertujuan menyokong kempen pengasingan sampah melalui pembelajaran berasaskan permainan. Pembangunan permainan ini melalui penggunaan aplikasi Scratch berkonsepkan permainan drop and catch yang dimainkan menggunakan komputer riba. Permainan ini disasarkan kepada murid-murid sekolah rendah dan guru-guru dan kutipan data adalah secara temubual dan survey. Hasil dapatan, sebanyak 98% murid bersetuju permainan ini mampu meningkatkan pengetahuan berkenaan kempen tersebut . Hasil temu bual bersama guru turut memberikan respon positif dan beberapa tambah baik dicadangkan. Kesimpulannya, kempen pengasingan sampah dalam kalangan murid-murid perlu dilaksanakan secara permainan bagi meningkatkan minat dan motivasi untuk belajar berkenaan dengan penjagaan alam sekitar.