YIN675: GINSENG SOAP

NIK NADELINE HAYFA BINTI NIK MOHD NASROM SMK DATO' AHMAD MAHER

Kajian ini memperkenalkan inovasi sabun herba berasaskan ginseng yang diformulasikan menggunakan bahan semula jadi bagi membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, kekeringan, kerengsaan dan kemerahan. Produk ini dihasilkan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan tanpa bahan kimia berbahaya, pewangi tiruan atau bahan pengawet sintetik. Antara bahan utama yang digunakan ialah ginseng, minyak jojoba, minyak badam manis, serbuk kopi, bunga chamomile kering dan kelopak bunga ros yang mempunyai sifat menenangkan, melembapkan serta menyihatkan kulit. Metodologi penghasilan sabun melibatkan proses pencairan asas sabun, pencampuran bahan aktif semula jadi dan proses pemejalan dalam acuan sebelum digunakan. Hasil penggunaan secara konsisten menunjukkan sabun ini berpotensi membantu melembapkan kulit, mengurangkan keradangan, menenangkan iritasi serta menjadikan kulit lebih bersih, sihat dan berseri. Kesimpulannya, sabun ginseng ini merupakan alternatif penjagaan kulit yang selamat, mesra alam dan sesuai untuk semua jenis kulit kerana menggunakan bahan semula jadi serta menyokong amalan penjagaan kulit yang lebih lestari.

 

Kata kunci: sabun ginseng, penjagaan kulit semula jadi, ekzema, bahan herba, inovasi produk.