ERINA NATASYA BINTI ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL KLANG
Pelajar sering menghadapi kesukaran untuk memahami topik lapisan jalan raya melalui kaedah teori dan lukisan dua dimensi (2D) sahaja, manakala kekurangan bahan bantu belajar yang interaktif menyebabkan pembelajaran menjadi kurang berkesan. Oleh itu, projek ini bertujuan membina model 3D struktur jalan raya sebagai alat bantu pembelajaran bagi membantu pelajar memahami topik lapisan jalan secara visual dan praktikal. Pelaksanaan projek dijalankan secara berperingkat merangkumi fasa analisis, reka bentuk menggunakan perisian SketchUp, pembangunan model fizikal dengan bahan sebenar, pelaksanaan untuk tujuan pembelajaran, serta penilaian keberkesanan. Hasil dapatan menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi dalam kalangan pengguna, di mana model ini jelas, mudah difahami dan sesuai digunakan sebagai bahan bantu belajar. Secara keseluruhan, projek ini berjaya mencapai objektif dan memberi impak positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknologi pembinaan.