KVN1163: FLEXI-PIPE LIFT: Troli Pengangkat Paip Ergonomik Untuk Pengendalian Paip Yang Lebih Selamat, Stabil Dan Efisien

Abdul Razak Bin Sulaman Kolej Vokasional Slim River

Pengendalian paip logam berat secara manual sering menyebabkan ketidakstabilan beban, risiko kecederaan muskuloskeletal dan ketidakcekapan operasi. Justeru, FLEXI-PIPE LIFT dibangunkan sebagai troli pengangkat paip ergonomik yang mengutamakan keselamatan, kestabilan dan kecekapan pengendalian. Reka bentuknya yang kukuh dan praktikal membolehkan proses mengangkat serta memindahkan paip dilakukan dengan lebih lancar, terkawal dan selamat. Hasil pengujian menunjukkan inovasi ini mengurangkan kebergantungan kepada tenaga fizikal, meningkatkan kestabilan beban, mempercepatkan aliran kerja dan menambah baik ergonomik pengguna. Inovasi ini berpotensi menjadi solusi pengendalian paip yang kos efektif, praktikal dan relevan untuk bengkel TVET serta industri ringan.