KVN1084: INSTRUMENTATION LOOP CHECK KIT (I-CHECK KIT)

Ts. SUHAILA BINTI YAHYA @ MOHAMED NASA ADTEC JTM Kampus Kemaman

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.1087 | 5 Likes | 46 Views | 37 times | LS: 42.5
Like it? | Support them now!

Konsep asas loop checking adalah untuk memastikan keseluruhan gelung (loop) instrumentasi berfungsi dengan tepat mengikut standard yang ditetapkan melalui proses penentukuran. Dalam proses ini, pelarasan dilakukan supaya instrumen memberikan bacaan yang betul pada tahap minimum (zero) dan maksimum (span). Proses ini memerlukan isyarat arus 4–20mA sebagai isyarat rujukan standard industri. Peralatan penentukuran standard untuk loop checking di pasaran selalunya mahal bernilai ribuan ringgit. Dengan kos tidak mencecah RM230.00, I-CHECK KIT direka sebagai alternatif untuk menjana Isyarat (Injection),  mengukur Isyarat (Measurement) dan memaparkan bacaan arus secara langsung bagi memudahkan pemantauan oleh juruteknik atau pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja loop checking. Projek ini juga memiliki sijil hak cipta harta intelek bernombor pemberitahuan CRLY2026C00760.