JIN1226: SUARA HANAN

MUHAMMAD 'UMAR AL FAROUQ BIN MOHD RASYIDDIQ SK Bandar Penawar 2

Projek ini bertujuan membangunkan sebuah aplikasi mudah alih yang dinamakan Suara Hanan, khusus untuk membantu kanak-kanak dengan autisme dalam berkomunikasi dan mengenal pasti keperluan harian mereka. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan platform MIT App Inventor dan direka bentuk dengan antara muka yang mesra pengguna, menggunakan ikon bergambar yang jelas, warna yang menarik, dan teks dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman pengguna. Fungsi utama aplikasi ini termasuk komunikasi asas melalui pilihan gambar bersuara, pengenalan emosi, serta rutin harian. Suara Hanan menyokong proses interaksi sosial dan pembelajaran kanak-kanak autisme secara lebih berdikari serta memudahkan ibu bapa dan pendidik dalam membimbing mereka. Projek ini diharap dapat menjadi satu solusi teknologi yang inklusif dan praktikal bagi menyokong perkembangan kanak-kanak istimewa di Malaysia.Type Your Abstract Here!