YIN1003: CHRODIOMAP

Nordarwish Putra Bin Norjamal Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Sabak Bernam

CHRODIOMAP ialah inovasi pembelajaran Sejarah Tingkatan 4 yang menggabungkan kronologi, diorama dan peta bagi membantu pelajar memahami topik Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu secara lebih visual, interaktif dan berpusatkan pelajar. Inovasi ini menggunakan elemen audio visual, model peta infografik serta simulasi diorama 3D untuk meningkatkan kefahaman, daya ingatan fakta, analisis peta dan minat terhadap pembelajaran Sejarah. Kajian pelaksanaan melibatkan 20 orang pelajar MITTSSB dan menunjukkan peningkatan pencapaian daripada 44% kepada 100%. CHRODIOMAP juga bersifat mesra pengguna, mudah dibawa, menjimatkan masa pembelajaran serta berpotensi dikembangkan secara digital dan diperluas kepada topik Sejarah lain, selaras keperluan pendidikan abad ke-21 masa kini.