YIN867: PENAPIS AIR

NAUFAL ALIF BIN AZLAN SMK TELOK KUMBAR

Penapis air ialah alat yang digunakan untuk menyingkirkan kotoran, bahan berbahaya dan mikroorganisma daripada air bagi menjadikannya selamat digunakan. Alat ini biasanya menggunakan beberapa lapisan bahan seperti pasir, arang aktif dan batu kerikil untuk menapis zarah halus serta menyerap bahan kimia. Penapis air sangat penting dalam kehidupan harian kerana dapat meningkatkan kualiti air minuman dan mengurangkan risiko penyakit. Selain itu, penggunaannya juga menjimatkan kos berbanding membeli air botol. Kesimpulannya, penapis air merupakan satu inovasi yang berkesan dalam memastikan bekalan air yang bersih, selamat dan berkualiti untuk kegunaan manusia.