WAN AZMI BIN WAN JAFFAR SK KUALA PEGANG
Inovasi bertajuk Penggunaan AI Ejen dalam Aplikasi MyHWT (Healing Waves Therapy) dibangunkan bagi menangani peningkatan keresahan, tekanan dan kemurungan murid sekolah rendah. Kajian ini menilai keberkesanan aplikasi yang menggabungkan terapi gelombang audio dan teknologi AI sebagai intervensi kesihatan emosi alternatif. Aplikasi ini membolehkan murid menjalani terapi kendiri secara selamat tanpa kebergantungan penuh kepada sesi kaunseling bersemuka. AI Ejen memberi panduan serta galakan untuk membantu murid mengenal dan mengurus emosi. Dapatan kajian rintis menunjukkan kesan positif terhadap kestabilan emosi, kesedaran kendiri serta pengurangan beban guru kaunselor, sejajar dengan perkembangan pendidikan digital masa kini.