JIN28: AROMA LESTARI

DHIA NUR IMANI BINTI MOHD REDZUAN SK PENGKALAN TENTERA

Aroma Lestari ialah inovasi lilin aroma mesra alam yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai. Lilin ini menggunakan bahan semula jadi seperti serai, lemon dan daun pandan sebagai aroma serta pewarna semula jadi daripada kulit oren, bunga telang dan daun pandan. Inovasi ini bertujuan mengitar semula minyak masak terpakai bagi mengurangkan pencemaran alam. Selain mewujudkan bau yang wangi dan menenangkan.  Aroma Lestari juga membantu menghalau nyamuk, serangga dan menyokong amalan hidup lestari.