KVN1013: KEMBARA KATA NAMA

MUHAMMAD ADAM NAIM BIN HUSAIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.1000 | 1 Likes | 10 Views | 4 times | LS: 5.1
Like it? | Support them now!

Abstrak ini menerangkan pembangunan kuiz interaktif berasaskan penceritaan yang memfokuskan penguasaan kata nama am dan khas. Kisah bermula dengan Ali yang tidak gemar belajar, namun secara tiba-tiba memasuki hutan ajaib dan bertemu arnab yang boleh bercakap. Arnab tersebut memberikan peta kosong yang hanya akan menunjukkan laluan apabila Ali memahami nota kata nama yang diberikan. Sepanjang pengembaraan, Ali perlu melalui tiga destinasi dan menjawab tiga soalan kuiz pada setiap peringkat. Setelah berjaya menyelesaikan semua cabaran, Ali tersedar daripada mimpi dan berubah menjadi lebih rajin belajar. Pendekatan ini dilihat mampu meningkatkan minat, kefahaman dan motivasi murid dalam pembelajaran tatabahasa.