UMMI KHAIRUNNISA BINTI MOHD TAUFIK SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR
Type Your
MENGAPLIKASIKAN PERMAINAN FEQAH FUN TOSS DALAM MENINGKATKAN DAYA INGATAN DAN MINAT MURID DI DALAM TAJUK PENGURUSAN JENAZAH
NAMA PENGARANG :
1. PUAN SITI SHUHADA BINTI OMAR
2. UMMI KHAIRUNNISA BINTI MOHD TAUFIK
3. NUR ADLINA SOFFEA BINTI MOHD DIAYANAH
4. NUR FATHEA HADFIENA BINTI HAMID
5. SITI INSYIRAH ADNIN BINTI AZIZUL
ABSTRAK
Inovasi ini dipilih daripada bidang feqah iaitu pelajaran 16 di dalam buku teks pendidikan islam tingkatan 3 (KSSM) yang bertajuk pengurusan jenazah. Tajuk dan permainan ini dipilih kerana penelitian terhadap masalah murid yang sering lupa akan cara menguruskan jenazah. Justeru itu, permainan ini dibina dengan nama feqah fun toss agar dapat membantu murid untuk mengingati feqah dengan mudah. Teknik yang digunakan adalah menjawab soalan berdasarkan cara-cara penting melalui kaedah permainan. Kekerapan murid menjawab soalan tersebut melatih setiap individu untuk mengingat dan mengulang tentang pelajaran tersebut. Di samping itu juga membantu murid-murid dalam menghadapi peperiksaan di sekolah. Feqah fun toss ini bukan sahaja dibina sebagai satu permainan, akan tetapi dibina sebagai satu tarikan untuk menarik minat murid dalam bidang feqah. Apabila murid-murid berasa seronok dalam permainan ini, maka mereka akan kerap mengulangi permainan sehingga mereka mampu menguasai tajuk ini. Permainan ini sesuai digunakan di peringkat umur 12-17 tahun. Harapan pada produk yang diciptakan ini dapat membantu masyarakat dan memberi kesan positif dalam kecemerlangan subjek pendidikan islam.
Abstract Here!