YIN213: NANGKA COOKIES

MUHAMMAD HARIS HAIKAL BIN EMBONG KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Nangka cookies terdiri daripada isi buah nangka dan biji nangka. Nangka mengandungi pelbagai nutrien seperti serat, vitamin A, C dan antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Ia membantu melancarkan pencernaan, meningkatkan sistem imun, serta menyihatkan kulit dan mata.

Biji nangka pula boleh dijadikan tepung dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan atau produk bakeri. Ia kaya dengan protein, serat dan zat besi yang menyumbang kepada tenaga serta menyokong kesihatan sistem penghadaman.