Muhamad Norfarhan Bin Mazlan Kolej Vokasional Slim River
GRINDCUT PRO ialah inovasi jig pemegang mesin canai mudah alih yang dibangunkan untuk mengatasi risiko pegangan manual semasa pemotongan logam yang menyebabkan ketidakstabilan bahan kerja, potongan tidak konsisten, risiko kecederaan dan pembaziran masa. Produk ini menstabilkan bahan kerja serta mengawal pergerakan mesin bagi menghasilkan potongan yang lebih tepat, kemas dan selamat. Pembangunan produk melibatkan reka bentuk, fabrikasi dan pengujian kebolehgunaan. Dapatan menunjukkan GRINDCUT PRO meningkatkan keselamatan operator, konsistensi hasil dan kecekapan kerja. Inovasi ini berpotensi dikomersialkan sebagai peralatan standard di bengkel TVET dan industri kecil.