TAN YU QIAN SMK BUKIT GAMBIR
Air halau nyamuk ialah sejenis cecair yang digunakan untuk mengelakkan atau mengusir nyamuk daripada menghampiri dan menggigit manusia. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan semula jadi seperti serai, pudina dan bunga jin yin yang direndam dalam alkohol tulen selama seminggu sebelum ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur. Air halau nyamuk digunakan untuk melindungi kulit daripada gigitan nyamuk yang boleh menyebabkan ketidakselesaan serta penyakit berbahaya. Oleh itu, produk ini membantu meningkatkan keselesaan dan keselamatan dalam kehidupan seharian.