MOHAMAD TARMIZI BIN MOHAMAD NARIZAN KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Digital Attendance Monitoring System (DAMS) merupakan sistem berasaskan teknologi pintar yang digunakan untuk mengesan, merekod dan mengurus kehadiran individu secara automatik. Sistem ini mengelakkan kesilapan atau ralat seperti kesalahan tarikh, masa, nama atau kehadiran palsu disamping mempercepatkan proses merekod kehadiran. Produk ini menggunakan ESP 32, Finger Print Sensor AS608 dan LCD i2C 16x2. Nama akan dipaparkan secara langsung pada Liquid Crystal Display (LCD) 16x2 apabila cap jari diimbas. Data kehadiran seperti nama, tarikh dan masa akan direkod dan dihantar secara automatik ke Google Sheets melalui emel. Semua rekod kehadiran disimpan dalam pangkalan data dan boleh dicapai bila-bila masa.