YIN875: Tracing Heritage , Sustaining The Future

NUR AUNI HUSNA BINTI MOHAMMAD FARDILLAH SMK THREE RIVERS MUKAH

Projek “Sapan Puloh: Menelusuri Warisan, Melestarikan Masa Hadapan” memfokuskan pemeliharaan warisan budaya Melanau melalui pendekatan digital inovatif di Sapan Puloh Mini Muzium, Mukah, Sarawak. Projek ini mengintegrasikan teknologi Augmented Reality (AR), visual 3D dan pengalaman imersif 360° bagi mentransformasikan penyampaian warisan kepada bentuk lebih interaktif serta menarik minat generasi muda. Selaras dengan SDG 11, SDG 12 dan SDG 8, projek ini menyokong pemeliharaan budaya, amalan lestari dan pembangunan ekonomi komuniti melalui pelancongan. Hasilnya, digitalisasi warisan bukan sahaja melindungi identiti budaya, malah menjadi pemangkin pendidikan dan pertumbuhan ekonomi masa hadapan.