JIN656: AR SMART RC CAR KIT

NURUL IZZARA AISYAH BINTI ISKANDAR FAIDZAL SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI

Inovasi AR Smart RC Car Kit dibangunkan sebagai satu pendekatan pembelajaran berasaskan TVET yang mengintegrasikan teknologi realiti terimbuh (AR) dengan aktiviti hands-on dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 6. Inovasi ini bertujuan menangani cabaran pembelajaran seperti kesukaran murid dalam memvisualisasikan komponen, kekurangan kemahiran praktikal, serta tahap minat yang rendah terhadap pembelajaran teknikal. Kit ini mengandungi kad AR yang merangkumi alat, bahan komponen, langkah pemasangan kereta kawalan jauh, dan infografik, di samping elemen sokongan seperti kod QR Electromech Quiz, kad imbas, serta set rangka dan komponen kereta.

Pendekatan AR digunakan sebagai panduan interaktif bagi membantu murid memahami struktur dan fungsi komponen sebelum melaksanakan aktiviti pembinaan secara hands-on. Melalui integrasi ini, murid dapat meningkatkan kefahaman konsep litar asas dan mekanikal secara lebih bermakna serta membina kemahiran TVET seperti pemasangan, penyelesaian masalah, dan pemikiran kritis. Selain itu, penggunaan kuiz digital dan bahan visual interaktif turut menyokong pembelajaran kendiri dan pengukuhan pengetahuan.

Inovasi ini selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari, khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti dan SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur, dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang inovatif, inklusif dan berpusatkan murid. Secara keseluruhannya, AR Smart RC Car Kit berpotensi meningkatkan minat, kefahaman dan kemahiran murid dalam bidang RBT melalui gabungan teknologi dan pembelajaran praktikal yang autentik.