FATEN NAJWA BINTI ABDULLAH SMK TENGKU MUHAMMAD ISMAIL
Veluor Skin dan Lip Balm merupakan produk inovasi penjagaan kulit dan bibir berasaskan bahan semula jadi seperti aloe vera, madu, minyak kelapa dara, lilin lebah dan vitamin E. Produk ini dibangunkan bagi menangani masalah kulit kering dan bibir merekah akibat cuaca panas serta penggunaan bahan sintetik. Inovasi ini menekankan keselamatan pengguna dan kelestarian alam sekitar selaras dengan SDG 3 dan SDG 12. Veluor Skin dan Lip Balm mampu melembapkan, melindungi serta membantu mengurangkan kekeringan dengan selamat. Produk ini berpotensi tinggi untuk dikomersialkan kerana mendapat permintaan pasaran dan harga yang berpatutan.