NUR BALQIS ZARRA BINTI ABDULLAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PALOH
Aktiviti penjagaan alam sekitar bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti kitar semula dan gotong-royong tetapi turut melibatkan penguatkuasaan undang-undang. Pendidikan kelestarian merujuk kepada proses pembelajaran yang menekankan pentingnya menjaga alam sekitar disamping penekanan undang-undang terhadap pesalah pencemar alam sekitar. Walaubagaimanapun, murid-murid masih belum sedar tentang penguatkuasaan undang-undang apabila berlakunya pencemaran di laut. Sekiranya tidak dikawal, perkara ini akan menyebabkan gangguan ekosistem laut yang memberi kesan kepada habitat dan ekonomi. Oleh yang demikian, satu inovasi berasaskan permainan pendidikan kelestarian telah dibangunkan iaitu The Eco Champion: Justice Redemption yang bertujuan menyokong kempen penguatkuasaan undang-undang khusus kepada pencemaran lautan.Pembangunan permainan ini melalui penggunaan aplikasi Scratch berkonsepkan permainan drop and catch serta shooting yang dimainkan menggunakan komputer riba. Permainan ini disasarkan kepada murid-murid sekolah rendah dan guru-guru dan kutipan data adalah secara temubual dan survey. Hasil dapatan, sebanyak 98% murid bersetuju permainan ini mampu meningkatkan pengetahuan berkenaan kempen tersebut . Hasil temu bual bersama guru turut memberikan respon positif dan beberapa tambah baik dicadangkan. Kesimpulannya, kempen pengasingan sampah dalam kalangan murid-murid perlu dilaksanakan secara permainan bagi meningkatkan minat dan motivasi untuk belajar berkenaan dengan penjagaan alam sekitar.