Ts. MOHAMAD RIDZUAN BIN KAMARUZAMAN KOLEJ TEKNOLOGI TERMAJU JABATAN TENAGA MANUSIA (ADTEC JTM) KAMPUS KEMAMAN
Inovasi ini merupakan satu reka cipta yang telah berdaftar dengan harta intelek dengan nombor pemberitahuan CRLY2026C00753. Ianya adalah alat untuk membantu kerja-kerja pemasangan siling gantung pada bangunan. Ianya satu alat yang berfungsi sebagai penyokong kepada drill (penebuk). Drill akan dilekatkan pada alat dan alat boleh
dilaraskan mengikut ketinggian yang dikehendaki. Sebelum siling dipasang, bracket/pemegang akan digantungkan pada lantai atas bangunan. Untuk menggantung bracket ini, penebukan mestilah dilakukan. Kebiasaannya kerja-kerja penebukan dilakukan menggunakan drill dengan kaedah manual menggunakan tangga untuk memanjat. Kerja-
kerja ini akan melibatkan turun naik tangga secara berulangkali. Ini akan melambatkan kerja penebukan. Dengan adanya ADS, masalah ini akan dapat diselesaikan.