PUTERI SALSABILLAH AN NAJIHIN BINTI KAMALIDIN KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Projek ini membangunkan sistem lampu isyarat pintar untuk kawasan pembaikan jalan raya menggunakan sensor ultrasonik bagi mengesan kehadiran kenderaan secara automatik. Arduino Uno bertindak sebagai pengawal utama yang memproses data dan mengawal lampu isyarat. Pembangunan melibatkan pemasangan perkakasan dan pengaturcaraan bagi memastikan sistem berfungsi dengan baik. Pengujian telah dijalankan pada prototaip untuk menilai keberkesanan sistem. Hasil menunjukkan sistem mampu mengesan kenderaan dengan tepat serta mengawal pertukaran lampu secara automatik di kedua-dua bahagian jalan dua hala . Secara keseluruhan, projek ini dapat meningkatkan keselamatan dan melancarkan aliran trafik di kawasan pembaikan jalan raya.