MUHAMMAD FAKHRUSY SYAKIRIN BIN ABDUL KABIR KOLEJ VOKASIONAL KLANG
Pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang mengambil masa yang lama dan menggunakan banyak tenaga kerja untuk mengangkat plywood yang berat ke kawasan kerja amali yang hendak dijalankan. Projek ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan produk inovasi yang dinamakan The Multipurpose Plywood Trolley iaitu sebuah troli pelbagai guna yang direka khas untuk memudahkan kerja-kerja mengangkat dan mengangkut barangan dengan lebih efisien dan selamat. Produk ini menggabungkan konsep mobiliti, kekukuhan, dan reka bentuk ergonomik bagi memenuhi keperluan pengguna di pelbagai lokasi seperti bengkel, sekolah, pejabat, tapak pembinaan mahupun kegunaan harian. Bahan utama yang digunakan dalam pembinaan produk ini ialah playwood dan logam ringan yang tahan lasak serta mudah diperoleh. Kelebihan The Multipurpose Playwood Trolley termasuk reka bentuk boleh yang boleh dikecilkan supaya mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja, ringan, mudah disimpan dan pelbagai fungsi yang boleh disesuaikan mengikut situasi. Kaedah kajian yang digunakan dalam penghasilan produk ini melibatkan proses reka bentuk awal, lakaran 3D, pemilihan bahan, pembinaan prototaip, dan ujian fungsi. Hasil akhir menunjukkan bahawa produk ini mampu meningkatkan kecekapan pengguna dalam urusan pemindahan barang, di samping menjimatkan masa dan tenaga. Secara keseluruhannya, produk ini berpotensi untuk dikomersialkan dan memberi impak positif kepada pelbagai sektor.