KHAMAL HAQIMIEY BIN KAMARUL KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Projek Mobile Blind Spot Detector ini dibangunkan sebagai alat untuk mengesan halangan atau struktur fizikal bagi mengelakkan terkena badan kenderaan. Sistem pengesan blind spot menggunakan kamera undur, monitor paparan dan sensor untuk memberi amaran kepada pemandu berkonsepkan mudah alih, yang boleh dipasang pada kenderaan yang tidak disediakan teknologi tersebut terutamanya kenderaan lama. Prototaip yang dibangunkan mampu menunjukkan konsep asas sistem pengesan titik buta secara praktikal dan mudah digunakan. Hasil penilaian menunjukkan majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap kefungsian, reka bentuk serta keberkesanan alat ini selain memberi manfaat kepada kenderaan lama seterusnya menyumbang kepada kesedaran mengenai kepentingan teknologi keselamatan dalam industri automotif moden.