Irhamna Fikri Bin Fadli Fizari Sekolah Tengku Budriah
Inovasi Highway Division Kit dibangunkan bagi membantu murid seawal prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 memahami konsep bahagi asas tanpa baki secara lebih mudah dan konkrit. Inovasi ini menggunakan kereta mainan mini yang berwarna-warni sebagai objek pembahagian dan kad jalan raya sebagai kumpulan bahagi. Pendekatan ini membolehkan murid mengagihkan objek secara sama rata melalui aktiviti bermain yang menyeronokkan dan interaktif. Masalah utama yang ditangani ialah kesukaran murid memahami konsep bahagi yang bersifat abstrak. Murid akan lebih memahami konsep pengagihan sama rata, meningkatkan minat terhadap matematik serta penglibatan aktif dalam pembelajaran. Inovasi ini juga mesra ekonomi dengan kos yang rendah, mudah digunakan dan sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah mahupun di rumah.