KVN528: Mesin Pembersih Kerang

SYED SHAFIQ BIN TUAN MANSOR Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia(ADTEC JTM) Kampus Kemaman

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.1667 | 1 Likes | 6 Views | 2 times | LS: 3.2
Like it? | Support them now!

Mesin Pembersih Kerang Automatik telah menjadi penyelesaian penting dalam industri pemprosesan makanan laut tempatan kini. Mesin ini direka untuk mengautomasikan proses pembersihan awal kerang, membuang lumpur dan kotoran dengan pantas dan konsisten.

Teknologi pada Mesin Pembersih Kerang Automatik ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual, memastikan kebersihan produk yang seragam, di samping memaksimakan kadar pemprosesan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Mesin ini menggabungkan struktur mekanikal keluli tahan karat (stainless steel) yang berdaya tahan dan tahan karat dengan sistem putaran berus dan kawalan semburan air bertekanan tinggi yang canggih. Gabungan ini memastikan pembersihan yang efisien tanpa merosakkan cangkerang, menjadikannya pelaburan terbaik untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti produk di pasaran.

Antara komponen utama yang digunakan termasuklah motor fasa Tunggal , sproket, rantai, soket , bekalan kuasa , kontaktor , dan butang mula tekan . Inovasi ini diharapkan dapat memberi impak yang besar dalam sektor perikanan dan dapat membantu lebih ramai peniaga – peniaga di luar sana . Secara keseluruhannya , projek ini membuktikan potensi aplikasi teknologi mekanikal dalam meningkatkan penjualan serta kebersihan makanan laut.