KVN225: HEV WIND TURBINE CHARGING BATTERY

MUHAMMAD ARIF BIN NORAZMIL KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.1176 | 2 Likes | 17 Views | 2 times | LS: 4.2
Like it? | Support them now!

Kenderaan hybrid dan elektrik penuh semakin berkembang pada masa kini. Terdapat perlbagai teknologi diperkenalkan bagi menambahbaik kaedah mengecas kenderaan tersebut terutamanya kenderaan elektrik penuh. Oleh itu, satu inovasi HEV Wind Turbine Charging Battery berkenaan pengecasan bateri telah dilakukan bagi menambah lagi kepelbagaian cara mengecas bateri iaitu dengan menggunakan tenaga angin. Tenaga angin ini dituai daripada tenaga yang tidak digunakan semasa kenderaan bergerak oleh itu tiada alat lain perlu digunakan untuk menghasilkan angin. Dengan menggunakan wind turbine, tenaga angin ditukarkan kepada tenaga elektrik dengan menggunakan converter seperti kincir angin. Enam buah kipas dan motor digunakan untuk menuai tenaga angin daripada kenderaan dan diletakkan dihadapan kenderaan. Dua motor berbeza digunakan iaitu satu motor bergerak bermula 0 km/h dan satu lagi motor bergerak selepas kelajuan mencapai 60 km/h dikategorikan kepada slow speed motor dan high speed motor masing dua motor dan 4 motor. Sistem ini telah diuji pada kenderaan sebenar dan mendapati bahawa tenaga angin boleh dituai dari kenderaan apabila bergerak. nilai voltan boleh dikawal dan dipotong jika melebihi daripada voltan yang sepatutnya diterima oleh battery. Voltan boleh dituai sehingga 12V dengan menggunakan kotak kawalan sedia ada. Kotak kawalan ini boleh ditambahbaik lagi dengan sistem yang lebih kedepan pada masa akan datang untuk mendapatkan pengecasan yang lebih baik.