FAHIM ASHRAF BIN KHIRUDIN KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Penyelenggaraan kenderaan di bengkel automotif memerlukan peralatan yang sesuai bagi membolehkan proses selenggara dengan lebih selamat dan efisien terutamanya semasa melakukan kerja fizikal seperti buka dan pasang penyerap hentak serta gegelung. Projek A.P.I Car Spring Coil Compressor dibangunkan bagi membantu memudahkan proses selenggara, buka dan pasang penyerap hentak dan gegelung kenderaan dapat dilaksanakan dengan lebih selamat dan cepat. Alat ini diperbuat daripada bahan besi kitar semula dengan memberi prioriti kepada faktor keselamatan dan mesra pengguna. Hasil daripada maklum balas kefungsian alat daripada responden menunjukkan bahawa projek ini dapat digunakan dengan mudah, meningkatkan keselamatan, dan praktikal untuk digunakan di bengkel automotif.