NUR SYAHMINA BINTI MOHAMAD SHARIL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KENARI
Smart Bio-Posture Alert: Sistem Pemantauan Ergonomik Pintar bagi Meningkatkan Kesihatan Tulang Belakang Pelajar
Masalah postur badan yang tidak betul dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan dan boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan sistem rangka dalam jangka masa panjang. Kajian ini bertujuan membangunkan satu alat inovasi mudah alih ringkas yang dikenali sebagai Smart Bio-Posture Alert bagi membantu memantau dan memperbaiki postur pelajar secara berkala . Alat ini menggunakan gabungan komponen ringkas seperti jalur elastik, suis dan peranti amaran (LED atau getaran) yang akan diaktifkan apabila postur badan berada dalam keadaan tidak betul. Kajian ini melibatkan sekumpulan pelajar bagi menilai keberkesanan alat melalui perbandingan kekerapan postur salah sebelum dan selepas penggunaan. Dapatan menunjukkan pengurangan ketara dalam tabiat postur yang tidak betul selepas penggunaan inovasi ini. Inovasi ini bukan sahaja menggunakan kos yang rendah dan mudah digunakan, malah berpotensi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan penjagaan postur serta kesihatan tulang belakang