KVN1162: SMARTSCRAP LIFT: Troli Jack Manual Berimpak Tinggi Untuk Pengendalian Besi Dan Paip Terpakai Secara Selamat Dan Efisien

Nurfatin Najla Binti Ahmad Zamzuri Kolej Vokasional Slim River

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

SMARTSCRAP LIFT ialah inovasi troli skrap jack manual yang dibangunkan bagi menangani isu pengendalian besi dan paip terpakai secara manual di bengkel kimpalan. Produk ini menggabungkan sistem jack manual, rangka keluli karbon yang kukuh, roda tugas berat dan mekanisme kunci roda untuk meningkatkan keselamatan, kestabilan dan kecekapan kerja. Ujian kefungsian menunjukkan troli mampu mengangkat dan mengangkut beban dengan baik, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan, keletihan fizikal dan masa pengendalian. Inovasi ini menawarkan penyelesaian yang praktikal, ekonomik dan berimpak tinggi untuk pengurusan skrap bengkel yang lebih sistematik dan selamat.