MUHAMMAD AHLAM DANISH BIN MOHD ZULKIFREI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PALOH
Type Your Abstract Here!
Pendidikan kelestarian merujuk kepada proses pembelajaran yang menekankan pentingnya mengaja alam sekitar bagi memastikan generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang berkualiti. Kempen kelestarian seperti kempen 3R, pengurusan sisa pepejal dan gotong rotong seringkali dilaksanakan. Namun, pencemaran laut juga perlu diberikan penekanan kerana laut menjadi habitat bagi sebahagian besar hidupan laut. Sekiranya tidak dikawal, perkara ini akan menyebabkan gangguan ekosistem yang memberi kesan kepada habitat dan ekonomi. Walaubagaimanapun, kempen berkenaan dengan kesedaran menjaga laut amat kurang khususnya dalam kalangan murid-murid. Oleh yang demikian, satu inovasi berasaskan permainan telah dibangunkan iaitu The Eco Champion: Marine Redemption yang bertujuan menyokong kempen menjaga laut melalui pembelajaran berasaskan permainan. Pembangunan permainan ini melalui penggunaan aplikasi Scratch berkonsepkan permainan drop and catch yang dimainkan menggunakan komputer riba. Permainan ini disasarkan kepada murid-murid sekolah rendah dan guru-guru dan kutipan data adalah secara temubual dan survey. Hasil dapatan, sebanyak 98% murid bersetuju permainan ini mampu meningkatkan pengetahuan berkenaan penjagaan laut. Hasil temu bual bersama guru turut memberikan respon positif dan beberapa tambah baik dicadangkan. Kesimpulannya, kempen penjagaan laut dalam kalangan murid-murid perlu dilaksanakan secara permainan bagi meningkatkan minat dan motivasi untuk belajar berkenaan dengan penjagaan laut.