FELIVINO PETRUS ANAK MICHAEL SMK MEDAMIT
Inovasi Ko-Board merupakan satu inovasi yang direka bentuk untuk mengenal pasti dan menganalisis situasi sekolah dengan murid tidak minat dalam subjek Matematik. Inovasi ini menunjukkan hubungan yang signifikan antara elemen kreativiti dan inovasi pendidikan Matematik dengan pembudayaan Matematik dalam kalangan murid. Kaedah KO-Board dikemukakan bagi memantapkan lagi usaha ke arah pembinaan budaya Matematik. Ini bertujuan untuk membentuk budaya pengaplikasian STEM dalam kalangan murid Sekolah Menengah di luar bandar. Inovasi KO-Board sangat sesuai dengan cara pembelajaran murid generasi alpha dengan penerapan teknologi dalam gamifikasi. Ini bukan sahaja boleh meningkatkan minat murid tetapi boleh meningkatkan kemahiran murid dalam pengaplikasian konsep Matematik dalam kehidupan harian.