KVN1291: TOPANG BOLEH LARAS (GRIPEZ)

WAN NUR ANIS BINTI WAN AFTHANORHAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Topang boleh laras (GripEz) merupakan satu produk yang dihasilkan bagi memudahkan kerja-kerja memasang kerangka pintu di bengkel Teknologi Pembinaan. Alat yang dihasilkan telah mengambil kira beberapa faktor dari segi penjimatan masa, kemudahan dan kebolehkerjaan. Kelebihan utama GripEz adalah ia diperbuat daripada keluli yang membolehkannya digunakan secara berulang kali, sekali gus menjadikannya lebih tahan lama dan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. Tujuan utama projek ini adalah untuk memegang kerangka pintu dengan lebih stabil dan efisien. Kajian ini bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan pengguna memasang kerangka pintu dengan lebih mudah malah dapat mengurangkan pembaziran kayu, mengurangkan pembalakan dan mengurangkan risiko bencana alam seperti tanah runtuh. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan sampel kajian yang terdiri daripada 47 orang responden, merangkumi 33 orang pelajar tahun 1 SVM WTP dan 14 orang pelajar tahun 1 DKV WTP. Data telah dianalisis bagi mendapatkan nilai peratus dan min berdasarkan tiga elemen utama iaitu kemudahan, masa, dan kebolehkerjaan. Hasil analisis mendapati bahawa para pelajar sangat berpuas hati dengan penggunaan GripEz semasa kerja pemasangan kerangka pintu di bengkel ini dibuktikan melalui analisis skor min yang memperoleh nilai pada skala tinggi. Diharapkan projek ini dapat digunakan bukan sahaja di tapak pembinaan serta menyumbang kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.