NUR IMANA AQILAH BINTI ZULKARAMI SMK DATO' AHMAD MAHER
Isu pembaziran buah-buahan yang mempunyai rasa masam dan kurang menyenangkan seperti lemon semakin membimbangkan, terutamanya apabila golongan kanak-kanak kurang berminat untuk mengonsumsinya walaupun kaya dengan nutrien penting. Situasi ini bukan sahaja menyumbang kepada pembaziran makanan, malah menjejaskan amalan pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat. Sehubungan itu, inovasi VITAPUC DELUXE dibangunkan sebagai solusi kreatif dengan mentransformasikan rasa masam buah-buahan kepada rasa manis yang lebih diterima oleh kanak-kanak tanpa menghilangkan khasiat asalnya. Produk ini dihasilkan melalui proses pemprosesan buah terpilih yang kaya vitamin, seterusnya diformulasikan menjadi snek yang menarik, enak dan berkhasiat. Keputusan inovasi menunjukkan peningkatan ketara dalam penerimaan kanak-kanak terhadap buah-buahan, sekali gus membantu mengurangkan pembaziran makanan dan menggalakkan gaya hidup sihat. Tambahan pula, produk ini berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai snek inovatif yang memenuhi keperluan pasaran masa kini. Kesimpulannya, VITAPUC DELUXE bukan sahaja menyelesaikan masalah pembaziran buah, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan tabiat pemakanan sihat dalam kalangan generasi muda.