KVN333: SISTEM KAWALAN PENGGUNAAN STOR B DI KOLEJ VOKASIONAL TAIPING (KVT)

MUHAMAD HASNAIN BIN MOHAMAD HISHAMUDDIN KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 14 times | LS: 14.0
Like it? | Support them now!

 

Projek ini bertujuan mereka bentuk dan membangunkan Sistem Kawalan Penggunaan Stor B di Kolej Vokasional Taiping (KVT) bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan pengurusan peralatan bengkel yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran pada tahun semasa. Kepentingan projek ini adalah untuk memastikan setiap penggunaan peralatan dapat direkod dan dipantau secara sistematik serta mengurangkan risiko kehilangan dan penyalahgunaan aset. Penyataan masalah yang dikenal pasti ialah kaedah sedia ada masih menggunakan rekod manual melalui buku log, yang menyebabkan kesilapan pencatatan, kesukaran mengesan pengguna, serta ketiadaan rekod penggunaan yang tepat dan teratur. Bagi mengatasi masalah tersebut, projek ini dibangunkan menggunakan pendekatan model PDCA (Plan-Do- Check-Act) sebagai kaedah pelaksanaan. Sistem ini menggunakan teknologi RFID untuk pengesahan identiti pengguna, mikropengawal Arduino sebagai pengawal utama, serta pangkalan data digital bagi merekod maklumat penggunaan secara automatik dan masa nyata. Selain itu, soal selidik telah dijalankan terhadap pengguna bagi menilai tahap keberkesanan sistem. Hasil analisis menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa sistem ini lebih mudah digunakan, lebih selamat dan lebih teratur berbanding kaedah manual. Kesimpulannya, sistem ini berjaya memenuhi keperluan kawalan penggunaan Stor B secara lebih efisien dan berteknologi di Kolej Vokasional Taiping (KVT).