KVN335: SAFETY HELMET MAGNETIC BOX

NORSAIDATULAZWA BINTI JIMMY KOLEJ VOKASIONAL KLANG

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 5 times | LS: 5.0
Like it? | Support them now!

Peningkatan suhu global telah menyebabkan cuaca yang semakin panas dan dapat
meningkatkan risiko strok haba terutama kepada pekerja di tapak bina yang terdedah
kepada cahaya matahari secara langsung. Keadaan ini menyebabkan kesukaran
dalam menguruskan keselamatan pekerja dengan pantas apabila berlaku kejadian
kecemasan yang tidak dijangka di tapak pembinaan. Projek ini bertujuan
menghasilkan produk inovasi yang dinamakan Safety Helmet Megnatic Box
berasakan teknologi elektronik seperti buzzer. Reka bentuk produk yang unik dan
menarik dihasilkan menggunakan aplikasi ‘Solidworks’ bagi mengatasi masalah
kajian.


Pelaksanaan pembangunan projek adalah berpandukan fasa pembangunan
reka bentuk Model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu Analysis (mengenal
pasti bahan dan kos), Design (mereka bentuk projek), Development (membangunkan
produk berdasarkan reka bentuk yang dihasilkan), Implemantation (menggunakan
produk) dan Evaluation (menilai keberkesanan produk dalam menyelesaikan
masalah kajian). Penyelidik telah menjalankan soal-selidik menggunakan ‘Google
Form’ untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan produk dianalisis
berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Seramai 26 orang pelajar Teknologi
Pembinaan KV Klang dan beberapa pekerja di industri terlibat sebagai responden
kajian.


Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memberikan maklum balas
positif terhadap produk inovasi Safety Helmet Megnatic Box. Dapatan ini memberikan
implikasi bahawa penghasilan produk inovasi ini berjaya mencapai objektif kajian
dalam menyelesaikan masalah kajian. Dicadangkan untuk penambahbaikan bagi
kajian seterusnya, menaik taraf kepada sambungan rangkaian yang lebihh stabil dan
jarak lebih jauh supaya pemantauan dapat dilakukan tanpa had kawasan terdekat
sahaja.