KVN1069: AMPAIAN AUTOMATIK DENGAN SISTEM PENGERING BERASASKAN SENSOR DAN SISTEM INTERNET OF THINGS (IoT)

MOHAMAD HASIF ASYRAF BIN NORZUKI KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

Projek Ampaian Automatik dengan Sistem Pengering Berasaskan Sensor dan Sistem Internet Of Things (IoT) dibangunkan bagi mengatasi masalah penjemuran pakaian secara manual yang sering terjejas oleh keadaan cuaca tidak menentu, khususnya
dalam kalangan pelajar asrama. Kekangan masa, ruang jemuran yang terhad serta keperluan pemantauan berterusan menyebabkan pakaian mudah basah semula, lembap dan berbau. Oleh itu, projek ini bertujuan menghasilkan satu sistem ampaian pintar yang mampu beroperasi secara automatik dan efisien tanpa memerlukan pengawasan berterusan pengguna.Sistem ini menggunakan mikropengawal Arduino Uno sebagai pengawal utama yang diintegrasikan bersama sensor hujan MD0019, sensor kelembapan DHT11 dan sensor ultrasonik bagi mengesan keadaan persekitaran serta kehadiran pakaian. Apabila hujan atau tahap kelembapan tinggi
dikesan, actuator motor akan menggerakkan ampaian secara automatik ke posisi perlindungan.Selain itu, UV LED strip light akan diaktifkan secara automatik apabilaampaian ditarik masuk sebagai penunjuk bahawa pakaian berada di bawah perlindungan serta bagi menyokong aspek kebersihan dan kecekapan pengeringan. Sistem pengering mudah alih boleh dikawal secara manual melalui modul ESP32 menggunakan aplikasi Blynk, manakala status operasi dipaparkan pada LCD 16×2. Sistem Internet Of Things (IoT) membolehkan pemantauan dan kawalan sistem dilakukan dari jarak jauh.Hasil pembangunan projek ini menunjukkan bahawa sistem ampaian automatik yang dihasilkan berfungsi dengan baik dalam melindungi pakaian daripada hujan, mempercepatkan proses pengeringan, menjimatkan masa dan tenaga serta sesuai digunakan dalam persekitaran asrama seperti Kolej Vokasional Pengkalan Chepa.